| SIXTEEN COLLAGE

Society Awareness Program (SOAP 2.0)

PROGRAM SOCIETY AWARENESS PROGRAM (SOAP) 2.0

 

 

 

 

 

 

 

Program SOCIETY AWARENESS PROGRAM (SOAP) 2.0 merupakan program yang memberi peluang kepada warga Kolej Enam Belas untuk berkongsi pengalaman berkenaan dengan dunia luar bersama kanak-kanak yang kurang bernasib baik serta memberi pengalaman baru kepada para pelajar tentang gaya hidup dan suasana berada di kampung. Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk memberi ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar UPM untuk menjalankan program berbentuk khidmat komuniti bersama masyrakat, di samping menjadi galakkan untuk melatih pelajar dalam penganjuran sesebuah program. Selain itu, program SOAP 2.0 ini juga merupakan program kesinambungan daripada program SOAP 1.0 yang telah dijalankan bersama komuniti Orang Asli di Bukit Manchong, Hulu Selangor pada bulan November 2016.

Program SOAP 2.0 pada kali ini memberi fokus kepada komuniti kampung serta kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah (RKKTB), Cheras. Program SOAP 2.0 telah dijalankan selama tiga hari dua malam bermula pada 17 – 19 November 2017 di Kampung Batu Berendam, Melaka dan berkonsepkan keluarga angkat. Jumlah peserta yang menyertai program ini adalah seramai 71 orang, yang terdiri daripada 34 orang pelajar Kolej Enam Belas, 34 orang kanak-kanak dari RKKTB, serta 3 orang pegawai pemantau program. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung ialah Jom Sihat, Karnival Kampung, Slot Adik-Adikku Cilik, Rewang, Malam Kebudayaan, dan Jelajah Kampung. Pelaksanaan aktiviti tersebut telah mendapat sambutan yang agak memberangsangkan daripada penduduk kampung tersebut. Melalui pelaksanaan program ini, kesedaran pelajar dapat dipupuk agar sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang dikurniakan, sentiasa cakna akan isu semasa, seterusnya dapat melahirkan golongan sukarelawan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi.

SXDdNAL~